Tuesday, July 24, 2012

CHECKERED CAKE

KEK SPAN PERANCIS
By : Chef Alex Goh
Rujukan : Buku Fruity Cakes
Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula kastor
1/4 sudu terh esen vanila
Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula kastor
Bahan C
110 gm tepung ~ diayak
70 gm butter yang dicairkan
Sedikit pewarna pink dan strawberry paste
Sediakan 2 loyang 8 inc.
Sapukan buter pada loyang dan alas dasar loyang dengan baking paper
Panaskan oven pada suhu 190 C ( bergantung pada kepanasan oven masing-masing )
Pukul bahan A sehingga ringan dan gebu
Dalam bekas lain yang kering, putar putih telur hingga berbuih, tambahkan gula dan putar lagi hingga kental dan kaku (soft peak) ~ Bahan B
Ambil 1/3 bahan B dan kaup balik dalam bahan A hingga rata.
Tuangkan selebih baki bahan B dan kaup balik hingga sempurna
Masukkan tepung yang telah diayak dan kaup balik lagi adunan hingga rata.
Tuangkan butter cair dan gaul rata
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak
Satu bahagian diwarnakan pink dan letakkan sedikit paste strawberry ~ gaul rata
Tuangkan adunan dalam dua loyang berasingan
Bakar pada suhu 190 C selama 15 minit atau sehingga kek masak sempurna ~ suhu oven bergantung pada kepanasan oven begitu juga dengan masa kek dibakar sempurna.
Terbalik kan kek atas redai setelah kek masak sempurna
Sejukkan
KEK SPAN COKLAT
By : Chef Alex Goh
Rujukan : Buku Fruity cakes
Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula kastor
1/4 sudu terh esen vanila
Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula kastor
Bahan C
95 gm tepung
15 gm serbuk koko
~ kedua-dua bahan ini dicampur dan diayak 
Bahan D
70 gm butter ~ dicairkan
Sediakan loyang 8 inc.
Sapukan buter pada loyang dan alas dasar loyang dengan baking paper
Panaskan oven pada suhu 190 C ( bergantung pada kepanasan oven masing-masing )
Pukul bahan A sehingga ringan dan gebu
Dalam bekas lain yang kering, putar putih telur hingga berbuih, tambahkan gula dan putar lagi hingga kental dan kaku (soft peak) ~ Bahan B
Ambil 1/3 bahan B dan kaup balik dalam bahan A hingga rata.
Tuangkan selebih baki bahan B dan kaup balik hingga sempurna
Masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak dan kaup balik lagi adunan hingga rata.
Tuangkan butter cair dan gaul rata
Tuangkan adunan dalam loyang
Bakar pada suhu 190 C selama 15 minit atau sehingga kek masak sempurna ~ suhu oven bergantung pada kepanasan oven begitu juga dengan masa kek dibakar sempurna.

Terbalik kan kek atas redai setelah kek masak sempurna
Sejukkan 
Sebenarnya ita mendapat banyak pertanyaan tentang cara-cara membuat kek briks yang ita pernah tunjukkan di SINI
Masa tu ita tak sempat tunjukkan cara bagaimana ita membuatnya. Kali ni atas permintaan ita tunjukkan cara bagaimana ita sediakan kek ini.
Untuk kek seperti ini, kalau boleh gunakan kek span yang sedikit padat teksturnya. Contoh kek Red Velvet atau Rainbow Cake. Jangan buat tinggi-tinggi sangat tau takut dia tergelincir.. hihi tengok ita punya tu terlalu tinggi mujur tak jatuh.. tapi susah sikit nak dapat susunan yang kemas bila kek terlalu tinggi.
Kek yang telah siap masak tadi kita buangkan atasnya yang keras. Kemudian kita bahagi 2. Untuk kek coklat akan ada lebihan kek. Kalau tak mau lebih buat 1/2 aje adunan kek span coklat.
Dengan menggunakan pemotong bentuk ring. Potong kek kepada kepingan. Pastikan kita ukur dulu sebelum potong.
Untuk kek briks ita gunakan 6 ring yang tak sama saiz dan ukurlilit. 
Untuk dapatkan kek bentuk susunan batu bata kita kena gunakan ring yang berlainan saiz dan ukurlilit kalau tak,  tak dapatlah bentuk batu bata tu.. mungkin akan dapat bentuk dam pulak lah kan.
Perhatikan gambar dibawah betul-betul anda akan dapati 3 kek yang ita potong menggunakan ring yang lain (1,2,3) dan 3 lagi dengan ring yang lain saiz ( a,b,c)
Selepas tu.. kita selang selikan setiap kepingan berselang warna kek mengikut ukuran kek yang kita potong tadi. Maksud ita kek 1,2,3 tu kita selang selikan antara satu sama lain begitu juga dengan kek a,b,c kita selang selikan juga antara satu sama lain. Seperti dalam gambar di atas.
Bila dah siap kita ketepikan, sekarang kita buat pula krim coklat dan krim putih.
Untuk resepi ni ita gunakan krim coklat untuk lekatkan kek antara satu sama lain. Ianya seperti simen yang mengikat batu bata.
Untuk krim putih, ita letakkan untuk pemisah antara dua bongkah batu bata. Kalau tak mau buat pun tak apa. Ita cadangkan tak perlu buat sebab terlalu banyak krim buatkan kek cepat muak bila dimakan.
Pada sesiapa yang nak buat kek ni, ita cadangkan untuk salut kat luar tu, sebaiknya guna Ganache Coklat, supaya kek lebih sedap bila dinikmati terasa coklat dan cream. Jika guna semua krim macam ita, kek terasa sedikit muak kerana krim tu banyak sangat kan... luar dalam semua krim...
Ita buat kek krim ni sebab dah banyak kali sangat ita buat kek menggunakan ganache coklat, takut bosan pulak nanti.. hihi
Resepi macam biasa ita masih lagi menggunakan resepi dari Chef Amer yang ita ambil dari Majalah Saji Mac 2012  dan telah banyak kali ita gunakan resepi ini dalam menyediakan kek ita. Kali ni ita kongsikan kembali resepi ganache dan krim coklat dan satu tambahan lagi Krim Raspberi yang telah ita tukar kepada Krim Coklat Urai. Terpulang kepada masing-masing untuk memilih mana satu krim yang sesuai. Sebenarnya dalam membuat kek ni kita boleh mempelbagaikan, terpulang pada citarasa kita dan kreativiti kita.
GANACHE COKLAT
By : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah SAJI Mac 2012

Mula-mula kita sediakan Ganache Coklat dulu

Bahan Ganache Coklat
300 gm krim tenusu ~ dary whipping cream (ita guna Ancor)
30 gm sirap glukos ~ dapatkan di kedai jual bahan kek
500 gm coklat gelap ~ hiris halus

Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
Ita tambah sedikit paste vanila untuk bau yang lebih harum

KRIM COKLAT
180 gm Ganache Coklat ~ ambil dari adunan di atas
150 ml krim putar bukan tenusu ~ non dairy whipping cream (ita guna Rich)

Putar whipping cream hingga kembang dan ringan
Campurkan Ganache Coklat dan kacau rata
KRIM COKLAT URAI
Resepi asal dari : KRIM RASPBERI
By : Chef AmerHamzah
Rujukan : Majalah SAJI Mac 2012
100 ml krim bukan tenusu ~ non dairy whipping cream (ita guna Rich)
100 gm puri buah strawberri ~ ita gantikan dengan coklat urai
Putar whipping cream hingga kembang dan ringan
Campurkan coklat urai dan kaup balik rata.
Untuk memudahkan kerja melapis, ita masukkan krim coklat dan krim coklat urai ke dalam pipping bag.
Ini pula adalah bahan yang kita perlukan sebelum memulakan proses melapis kek.
  • Kek yang telah siap di potong dan di susun berselang warna
  • Krim coklat dan krim coklat urai
  • Lapik kek
  • Spray ~ air jus lemon atau kopi cair ( ikut citarasa )
  • Spatula untuk meratakan krim
* untuk kek bricks ni, susunan kek tu mestilah 1, a , 2, b, 3, c ~ harap faham lah ye.. susah pulak ita nak ambil gambarnya


Sekarang kita mulakan proses melapis kek. Letakkan sekeping kek atas lapik kek. Kemudian kita letakkan krim coklat pada setiap celahan lingkaran kek hingga ke lapisan tengah.
Srpay kek dengan jus lemon atau air kopi cair
Letakkan lapisan krim coklat dan ratakan, buat cara ini hingga habis.

 Jika nak buat yang macam ita ada gap di tengah. Antara 3 lapisan kek ita letakkan krim coklat urai.
Ulang semula proses melapis hingga habis.
Bila dah habis setiap lapisan. Sapukan keseluruhan kek dengan krim coklat dan simpan kek dalam peti ais hingga kek keras dan berkedudukan stabil.
Ingat! kek perlu di simpan dalam peti ais paling kurang 2 jam untuk menstabilkan kedudukan kek, mengeraskan krim dan mengelakkan kek gelincir semasa proses mendeco kek

Setelah kek keras dan berkedudukan stabil barulah kita mulakan proses mendeco kek. Untuk mendeco kek jika gunakan ganache coklat boleh lah ikut cara cara yang selalu ita tunjukkan boleh juga rujuk di SINI caranya.

Bagi pertanyaan bagaimana cara ita alihkan kek dari redai selepas kek di curahkan ganache.. emmm... kenalah ada urat dawai dan tulang besi ye.. hihi maaf ita gurau.. ^-^
Sebenarnya kaedah yang ita gunakan sangat mudah. Ita perlukan 1 spatula dan satu lagi penyodok kek. Selalu ita tunjukkan penyodok kek yang ita gunakan dalam setiap N3 yang ita ambil. Gambar kat atas tu pun ada. Tapaknya agak lebar jadi senang ita nak pindahkan dari redai ke lapik kek. Kena guna 2 tangan dan berhati-hati supaya kek tidak terbalik. Letakkan lapik kek berdekatan dengan redai supaya tak jauh lah kita nak angkat kek tu nanti. Jangan angkat kek tinggi ye! nanti jatuh kek tu pulak! nangessss... wooo


Untuk mendeco kek kita boleh lah gunakan kreativiti kita. Bagi yang nak memggunkan krim untuk mendeco kek caranya mudah aje.. Putarkan sahaja krim bukan tenusu ~ non dairy whipping cream jenama Rich hingga gebu, ringan dan licin kemudian dah boleh kita gunakan untuk salut pada kek kita nanti. Untuk dapatkan bau krim yang harum tambahkan sedikit paste vanila. Kalau boleh carilah paste yang berasaskan minyak sebab baunya akakn kekal lama dan sebati dalam adunan kita tu.

Bagi kaedah Basketweave yang ita gunakan, ita rujuk cara membuatnya dari you tube. Ita guna nozel yang bernombor 47 boleh juga gunakan no 48.  Jom kita intai-intai  cara mudah yang di ajarkan.