Tapi... nak habak kat sini ye... putih telur yg digunakan sangat banyak! bayangkan mengikut resepi asal 600 gm. Bila ita buat 1/2 adunan putih telur tu telah dikurangkan kepada 300 gm tapi tau tak berapa bijik telur yg ita terpaksa gunakan tuk mendapatkan 300 gm...?? ita terpaksa pecahkan 7 biji telur bersaiz A waaaa..... banyak tu... bayangkan kalau guna 600 gm lagi lah berapa bijik telur yg akan di pecahkan..
Tapi kek ni memang sedap! bau dia... perghhhh... harum hasil kombinasi antara lemon, strawberry dan orange.. memang sedap! rasa pun sedap! tak terlalu manis.. sedang2 aje.. Lembut dan gebu! walaupun dah sehari semalam kek ni masih lembut dan tidak kering.. sedap sangat!.. dan ita mmg sukankan kek kukus.. dan ita rasa kek ni mmg memenuhi citara ita.. rasa macam nak buat lagi.. rugi aje buat 1/2 adunan.. tapi tu laa... bila kenangkan telur yg berlipat kali ganda tu.. adoiiii... semput nafas... ayam2 dalam reban pun dah geleng2 kepala...
Terima kasih kepada Chef Zaidah yg telah menyumbangkan resepi kek yg sedap! ita akan sharekan resepi kek ni disini. Tapi sukatan ita letak sukatan asal kek iaitu satu adunan. Kalau nak buat 1/2 adunan bahagikan aje lah sukatan bahan2 tu kepada 2.
MyKitchen's Recipe
ROXY CAKE
by : Chef Zaidah
330 gm tepung gandum
240 gm gula halus
600 gm putih telur
60 ml susu cair
150 gm mentega cair - ita tukar kepada minyak Mazola
1 sudu besar ovalette
sedikit pewarna merah jambu, oren dan biru
sedikit perisa strawberry, oren dan lemon
secubit garam
Pukul telur, tepung gandum, gula, ovalette dan susu cair sehingga kembang
Masukkan mentega cair dan kacau rata guna spatula aje.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
Setiap bahagian diletakkan perisa dan warna.
Oren untuk perisa oren, merah jambu untuk strawberry dan biru untuk lemon.
Griskan loyang dgn butter. Panaskan kukusan.
Tuangkan adunan kedalam loyang secara berselang seli.
Ita tuang 3 sudu warna biru ditengah2 loyang, kemudian 3 sudu warna oren betul2 diatas dan ditengah2 warna biru, diikuti warna merah jambu dia atas dan betul2 ditengah2 warna oren. buat sehingga 3/4 aduna dan kemudian dgn cara yg sama juga tapi kurangkan kepada 2 sudu pula dan akhir sekali 1 sudu.
Kukus adunan selama 1 jam atau sehingga masak.
