KEK KARAMEL COKLAT MOIST
By : Munira Baharum
Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang besar yang berisi air panas ~ kerana proses membuat kek ni menggunakan kaedah bain marie
Masukkan loyang yang besar dalam oven
Kemudian sediakan loyang bulat ukuran 8 inc
GULA HANGUS
Untuk membuat gula hangus ada dua kaedah
1. Kita letakkan 2 sudu besar gula dalam loyang dan panaskan atas dapur dengan api sedehana hingga gula larut dan keperangan
atau
2. Letakkan 2 sudu besar gula dalam loyang dan masukkan dalam oven pada
suhu 170C dan bakar anggaran masa 15 ~ 20 minit sehingga gula keperangan
KARAMEL
1/2 tin susu cair
50gm gula castor
1/2 sudu teh esen vanila
3 kuning telur
Dalam mangkuk, satukan susu, gula dan esen kacau rata hingga gula larut
Masukkan kuning telur dan kacau perlahan-lahan sahaja hingga ia sebati.
Jangan kacau kuat kerana jika ia berbuih tekstur puding tidak halus.
Tuangkan adunan karamel ini dalam loyang gula hangus tadi.
Masukkan dalam loyang besar yang berisi air dalam oven tadi dan bakar pada suhu 170C selama 15 minit atau karamel keras sedikit
Sememtara menunggu karamel kita masak, sediakan kek
KEK COKLAT MOIST
Bahan A
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat ~ ita letak 1/2 cawan
1 cwn gula ~ ita letak 1/2 cawan
1 cwn minyak msk
Kesemua bahan di atas disatukan
Kemudian masak atas api perlahan hingga adunan sebati dan berkilat
Tutup api dan biarkan sejuk sebentar
Bahan B
3/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Kesemua bahan diatas disatukan
Kemudian di ayak
Ketepikan
Bahan C
4 bj telor ~ dikisar atau diblend
Tuangkan adunan bahan B dan adunan bahan C ke dalam adunan bahan A secara selang seli.
Mulakan dengan adunan tepung dan akhiri dengan adunan tepung juga
Cth: tepung ~ telur ~ tepung ~ telur ~ tepung
Gaul adunan hingga sebati
Puding karamel yang telah masak tadi kita keluarkan, rehatkan sekejap sehingga ia keras sedikit.
Kemudian kita tuangkan adunan kek coklat moist perlahan-lahan atas adunan karamel
Selepas itu kita masukkan semula loyang kek ke dalam loyang yang berisi
air tadi dan bakar semula selama 1 jam atau sehingga kek dibakar dengan
sempurna.
Untuk membuat kek ini ita gunakan api atas dan bawah.
Setelah kek masak, rehatkan kek hingga sejuk sepenuhnya
Simpan dalam peti ais sekejap, kemudian baru terbalikkan
Pastikan kek benar - benar sejuk baru terbalikkan untuk mengelakkan karamel pecah atau retak
Jutaan terima kasih ita pada Pn. Munira Baharum
atas perkongsian resepi yang kedebommm!! Ita kenali Pn. Munira dari
ruangan kongsi resepi di FB. Pn. Munira yang ita kenali seorang yang
tidak pernah lokek berkongsi resepi. Resepi Pn. Munira telah menambat
selera jutaan peminat2 kuih dan kek. Malahan ianya juga telah menjadi
sumber pendapatan kepada sebilangan peniaga kek dan kuih muih diluar
sana.
Walaupun kadang kala terdengar sosek sosek yang kurang enak dan
mempertikaikan resepi beliau, ita percaya, keikhlasan Pn. Munira telah
menepis segala-galanya.
Tahniah kak.. dan terima kasih buat segala-galanya.. hanya Allah jua
yang dapat memberikan ganjaran atas segala perkongsian dan atas
keikhlasan akak berkongsi ilmu dan akhirnya dapat membantu dan
memberikan sumber pendapatan kepada sebahagian besar insan diluar sana
yang memerlukan..
Hanya pada Nya ita memohon semoga akak dikurniakan kesihatan yang baik
dan semoga akak di kurniakan rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa
berbahagia disamping keluarga tersayang.

