Tuesday, July 5, 2011

SAMBAL NASI LEMAK

Resepi sambal nasi lemak ibu saya;Kisar semua bahan iaitu bawang besar, bawang putih dan cili kering (rebus dulu) dengan sedikit air. Panaskan minyak (banyak) dan tumis bahan blender hingga wangi dan biarkan mendidih sebentar dan kemudian masukkan sedikit belacan dan air asam jawa. Masak dengan api perlahan. Apabila tumisan benar-benar garing masukkan sedikit ikan bilis yang telah ditumbuk (jangan terlalu hancur) dan kacau sebentar. Masukkan gula (sambal yang sedap rasanya manis dan tidak terlalu pedas) dan garam (secukup rasa).

Hidangkan dengan nasi lemak panas.